1430 Hijrah.Peralihan dan permulaan baru kalendar Islam Hijrah.Namun ia bermula dengan airmata dan darah.Kita yang Allah kurniakan sebagai sebaik-baik umat terpaksa lagi mencium hanyir darah saudara seakidah, menyeka airmata hambatan derita dan seksa.Sekali lagi perasaan umat ini bercampur aduk.Marah,geram,sedih,terhiris..namun adakah sekadar itu?

117472832

Bumi Palestin menjadi saksi sebuah perjuangan nafas panjang.Sejarah menyorot bumi Palestin saling bertukar penguasanya.Gelap kejahilan dan cahaya keimanan silih berganti menyelubungi bumi Isra’.Mungkin menjadi takdir alam, siapa penguasa Palestin dialah penguasa di puncak dunia.Islam pernah memegang kunci kota tersebut di bawah pimpinan Saidina Umar dan Sultan Salahuddin Al-Ayubi, maka ketika itulah Islam berada paling atas dalam ketamadunan sejagat.Benar kata sejarawan, kota Palestin kunci dunia.

Tetapi kitaran itu umpama roda.Di saat ini Yahudi Zionis penguasa, sekaligus menguasai dunia.Lantaran takut kepada hakikat kemenangan akhirnya tetap kepada Islam, Umat Islam terus diserang bagai ingin dilenyapkan dari muka bumi.Namun janji kemenangan Allah itu pasti dan di atas keyakinan itu masih ramai yang sanggup memperjuangkan harta malahan daging dan darah demi mempertahankan sebuah kota.Bukanlah material kota yang dipertahankan, tetapi nilai maruah dan akidah Islam dan umat seluruhnya yang terukir pada nama sebuah kota barakah.

Merenung tulisan Ustaz Nik Abduh di blognya, perjuangan pembebasan Palestin bukanlah hanya perjuangan mengorbankan harta.Hanya mereka yang masih tidak memahami erti pejuangan Palestin sahaja yang merasa sudah cukup dengan sekadar menghulurkan sumbangan wang ringgit.Ingatlah yang ditagih adalah jihad pengorbanan jiwa.Kesediaan mempertaruhkan jiwa di medan jihad dibina atas dasar takwa.Atas dasar takwa setiap manusia merasai kesamaan.Tiada siapa yang merasa lebih atau kekurangan kerana Allah hanya memandang pada nilai takwa.Sesungguhnya dengan atas rasa kesamaan ini sekurang-kurangnya kita merasa sensitif atas apa yang berlaku kepada saudara seakidah malahan bersedia mengorbankan jiwa dan raga.Walaupun sekecil manapun usaha, berdiam diri dan memandang dari jauh bukanlah dalam senarai pilihan.Membebaskan Palestin adalah perjuangan bersama diatas batu jemala umat.

bukan berdiam diri

Namun permulaannya bermula pada setiap diri di dalam umat.Kita bukanlah pejuang gagah yang mampu menghunus senjata disana.Tetapi disini,binalah takwa dari dalam diri.Jagalah ibadahmu, sucikanlah hatimu.Taati Syariatulah dan patuhi Sunnatullah yang menjadi asas nilai takwa.Disebabkan kelekaan kita pada asas ini, bantuan seperti bantuan Ababil dari Allah masih tidak kunjung tiba walaupun saban hari kita terus merintih dan berdoa.Namun doa itu kosong kerana ia bukanlah doa diatas nilai takwa.Maka jadilah kita umat yang diumpamakan dalam hadis Rasulullah, bagai buih-buih di lautan.Umat ini gah pada bilangan, tetapi lemah pada realiti alam yang sebenar.Bermulalah dengan diri sendiri dan seterusnya binalah generasi hadapan kita yang soleh dan solehah sebagai penerus pejuangan nafas panjang ini di kala kita sudah tiada kelak.

Keadaan umat kini adalah kekecewaan yang kita lontarkan pada Rasulullah.Rasulullah bangga umatnya adalah umat yang terbaik, tetapi kita pulangkan diri kita sebagai umat yang lemah.Ditambah dengan peristiwa serangan selepas kepungan di Gaza kini, kita selayaknya dipersalahkan kerana masih gagal menjadikan Islam kembali gemilang.Andai mampu di rintih padamu duhai anak-anak Gaza dan Palestin seluruhnya, maafkan kami, jangan adukan kami pada Rasulullah kerana gagal membelamu.

Bersama menghulurkan doa dan Qunut Nazilah untuk kemenangan Islam di Palestin dan kebencanaan kepada Yahudi Zionis beserta anjing-anjing sekutunya.

Teruskan memboikot barangan Yahudi Zionis.

Seeru ‘ala Barakatillah.