Christiano Ronaldo bernilai 80 juta pound.
Kaka berharga 65 juta pound.
Menggegarkan dunia, melariskan akhbar, meninggikan hit halaman web berkaitan dunia bola sepak.

'Bengkek' ngan mamat ni.Bagus dia pindah dari MU
Dari hujung Tokyo singgah di Lisbon, hingga ke Rio Janeiro, semua ‘hantu-hantu’ bola memperkatakan perpindahan dua bintang tersebut ke Kelab Real Madrid. Apatah lagi nilai perpindahan Ronaldo yang hampir setengan billion ringgit, menjadikan beliau pemain termahal dunia. Cukup untuk Malaysian Airlines menampung kerugian andai mengalami kerugian yang sama 2 kali sekalipun.
Benarlah kata Hussein Lempoyang dalam cerita 3 Abdul, “Dunia,Dunia..Berniaga manusia lagi untung dari berniaga unta.WOW!!”
Dunia menjadikan manusia boleh dinilai dengan nilaian wang. Nilaian seorang bintang bola sepak bernilai jutaan ringgit. Juga nilai hantaran kahwin bagi seorang wanita yang semakin tinggi sehingga timbul istilah jual anak. Walaupun ada pro dan kontranya, namun inikah sebenarnya nilai manusia? Boleh dijual beli dengan wang dan ringgit.
Nilaian syurga
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah : 111)
Allah telah membeli diri kita seorang muslim. Nilaiannya besar, jauh melebihi nilai wang yang berjuta. Nilaian syurga idaman. Namun pasti ada syaratnya. Allah membeli dengan menginginkan kita bekerja dan berjuang di jalanNya. Kerjanya pasti sukar, tapi ingatlah balasannya adalah syurga yang tidak tergambar di fikiran. Pastinya jual beli ini yang paling menguntungkan dan disitulah letak sebenar nilai seorang manusia.
Untung bukan, jual manusia?
p/s : Selamat Hari Bapa. Kepada sesiapa bakal bapa mertuaku, anakanda minta diskaun hantaran ketika meminang puteri pak cik..please.
Seeru ‘ala Barakatillah.





14 comments
Comments feed for this article
June 21, 2009 at 10:42 pm
batuterang
ada membership card baru dapat diskaun. muwahhahaha…
June 22, 2009 at 11:41 am
ainohikari
skanni bapak mertua tak kasi diskaun tapi dia kasi tax lebih lagi..
aduyai, camner wa mahu kahwin nie…wakaka
June 22, 2009 at 7:39 pm
The Dreamer
Haha.Itu manusia yang dijual dengan harga yang tinggi disebabkan kebolehan yang lebih sket dari org len. Tapi bayangkan manusia yang boleh dibeli dengan harga yang jauh lebih murah dari tu. Yang sanggup menggadai prinsip n agama untuk duit yang sikit. Alangkah ruginya.
(Note: Lampard xleh dibeli sbb ade prinsip and loyalty)haha.
p/s: tu r..skang ni nak kahwin mertua tgk duit dulu.Pesanan utk pak cik..kalau nak nek tax sket pun boley. die kaya.haha.
June 23, 2009 at 11:52 am
AsadulQalb
to batuterang:
bukan nak jadi member,nak jadi family ni..
ainohikari:
kalau ade AP boleh kurang tax kan?
June 23, 2009 at 11:52 am
AsadulQalb
The Dreamer:
Thanks Bro for the added point.Tiada apa nak dikata la kalau jenis manusia yang sanggup menjual diri,agama dan bangsa untuk kepentingan diri yang tak seberapa.Manusia jenis ni campak gaung jer..
(Note:Boleh caya ke Lampard ni..)
p/s:harap ‘pak cik’ saya tak baca pesanan tu.tapi ‘pak cik’ hang kena baca,the dreamer kaya,dia beli TV 10man.
June 24, 2009 at 12:20 am
pembaca
tu dia…~ siap mntak diskaun~
kang nnt ’servis’ pun kena diskaun gak…
hahaha~
June 24, 2009 at 9:30 pm
~...tadamiru...~
~…hohoho…~
~buley pulak mntak diskaun tu…
June 24, 2009 at 11:02 pm
AsadulQalb
to pembaca:
minta diskaun hantaran jer,servis kena kasi full
to tadamiru:
boleh laa..
berdasarkan IP address,kedua-duanya disyaki adalah pengunjung yang sama
-teratai biru-
June 26, 2009 at 11:37 pm
~...tadamiru...~
~…hohoho…~
—>satu hipotesis yg menarik…
—> tapi, yg sama x semestinya serupa…
July 4, 2009 at 5:22 am
Ching!
Salam,
Huh! Jual manusia sampai juta-juta pound…
Jual anak sampai puluh-puluh ribu…
Huh! Tak tau nak kata apa…
p/s : Selamat Hari Bapa. Kepada sesiapa bakal bapa mertuaku, anakanda minta diskaun hantaran ketika meminang puteri pak cik..please.
Huh! Boleh pula macam tu? Sekarang zaman inflasi…
July 8, 2009 at 3:59 pm
fareast
salam ziarah, menarik, tapi banyak je benda lain yang boleh di jual dan dapat untung.
July 12, 2009 at 7:17 pm
farhana rahim
salam,
betul3….
mmg dr dulu berharap laki ni blah dr MU.. ;D
September 28, 2009 at 9:10 am
zidane um
hahahaha…. hmmm… biasa nk mintak diskaun ni ade terma dan syarat…
erm, biasa klu promosi ni faham dapat le diskaun… klu promosi tak faham, terpaksa la bayar full….
hahahaha
October 31, 2009 at 10:37 am
haitsu shimoyama
kami menantikan update yang terbaru encik asadulqlb