..dalam masa hampir dua purnama, akhirnya diri ini kembali menjejak kaki ke laman blog ini. Sungguh, bukan hanya lalang di laman luar, habuk debu menyesakkan hidung dan sawang menyakitkan mata yang memandang. Mujur sang labah-labah belum sempat bermastautin di blog ini.
Banyak perkara yang telah di lalui sepanjang dua bulan ini. Berbagai transisi hidup telah dilalui. Telah berakhirnya satu episod dan sedang berjalan pula episod seterusnya drama di atas pentas kehidupan ini.
Transisi
Berakhirnya hidup di Kosen (Kolej Teknikal)l, kini berubah ke Universiti..
Berakhirnya hidup di asrama pelajar, kini berpindah ke rumah sewa..
Berakhirnya gelak tawa dan suka duka bersama teman-teman di Kolej Teknikal, kini wajah-wajah teman baru menghiasi hari-hari mendatang..
Jejak-jejak lama telah ditinggalkan, masa tidak mungkin akan diputar kembali ke belakang..tapi kenangan yang ada, pasti tersemat di ingatan. Moga begitu juga teman-teman dan junior-junior yang kini berada di kejauhan. Kepada teman-teman baru, terima kasih kerana sudi mengisi hidupku.

Graduan Nagaoka Kosen

Teman dan Junior Kosen

Teman-teman Yamagata Universiti
Mesir dan Turki
Berbagai cerita ingin disampaikan hasil dari jaulah (jalan-jalan) ke Mesir dan Turki yang lepas. Tapi, maaf bukan kali ini. InsyaAllah di kemudian hari. Hanya sedikit bingkisan gambar menjadi pengganti bicara.
Mesir..kiblat dunia ilmu

Piramid di Giza

Piramid dan unta padang pasir

Ribut pasir sampai mata pedih

Masjid Amru Al-`As

Makam Imam Syafie

Masjid universiti Al-Azhar

Makam kepala Saidina Hussein, cucu Rasulullah

Kota Kaherah dari Sungai Nil
Turki..mengimbau zaman khalifah

Hagia Sophia

Msjid Biru Sultan Ahmet

Dalam Masjid Biru

Halaman Majid Biru berlatar belakangkan Hagia Sophia

Istanbul

Selat Bosphorus

Istana Dolmabahce

Kota Heiropolis di Pamukkale

Heiropolis

Pamukkale

Batuan marmar Pamukkale

Taman di kota Heirapolis
Masih ada banyak gambar dan kisah yang mungkin boleh dikongsi bersama. Moga perjalanan yang jauh makin mencelikkan mata dan hati akan kebesaran Allah, pencipta alam.
Seeru `ala Barakatillah.





7 comments
Comments feed for this article
May 13, 2009 at 12:31 am
Balqis
Assalamualaikum Sang Singa Hati,
Akhirnya. (^_^)
Subhanallah betapa-tapalah cantik dan indahnya Turki.
Bertuah sungguh dapat kembara ke sana. Tidak sabar menunggu catatan kembara ke dua buah negara tersebut.
Good luck and all the best di tempat baru, Yamagata!
Allah ma’ak.
May 13, 2009 at 3:32 am
warkahraudhah
salam ziarah.
moga bertamu banyak lagi ibrah.
salam perjuangan buat diri dan sahabat-sahabat.
May 13, 2009 at 8:28 am
cucutokjanggut
salam kembali.
ana pun ada plan nak ke timur tengah sebelum sotsu.. agak2nya lah kan, berapa kos nak menampung kembara ke sana ?
May 13, 2009 at 7:50 pm
'atiqah jasni
Assalamualaikum wbt..
Tahniah kerana masih menulis setelah lama berehat.
Gambar-gambar yang ditunjukkan membuatkan rasa ingin pergi ke sana.
Selamat berjuang di Yamagata ye.
May 15, 2009 at 10:11 am
y4ku24
Assalaamualaikum.
Jangan kongsi gambar saja, kongsi sekali pengalaman ye!
Berjalan, melihat, mentafsir.
Best of luck in Yamagata. Welcome to tohoku region!
May 15, 2009 at 10:01 pm
batuterang
ehemm…
June 17, 2009 at 3:35 pm
farispharmacist
erm erm..turki yg indah n menarik…tetibe je teringat sabda Rasulullah tentang sebaik2 raja n sebaik2 tentere