Satu berita yang mengejutkan. Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan meningalkan sidang Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland setelah mengecam Presiden Israel, Shimon Peres berkenaan isu Gaza dan Palestin. Terserlah keberanian dan keteguhan prinsipnya. Penerus kesinambungan insan terdahulu seperti Necmettin Erbakan dalam menegakkan kembali Islam di balik penjara sekularisme.
Semakin dekat di hati ini ke bumi khalifah, Turki. Semoga kaki akan melangkah disana…
(Nasib baik dia main tahan-tahan tangan moderator jer. Kalau dia betul-betul tak tahan, sampai gak rasanya pelempang kat moderator dan Shimon Peres tu.Huh..)
(Berblog dicelah kesibukan dan kesendatan kepala menghadapi musim peperiksaan dan Graduation Research Presentation (moga dipermudahkan). Sebab itu entry kali ini pendek..:-))
Seeru ‘ala Barakatillah.





6 comments
Comments feed for this article
February 1, 2009 at 12:25 am
sayang
salam.
ingatkan perdana menteri turki nak baling kasut.tragedi kasut lagi.hehe
February 1, 2009 at 12:40 am
damai
salam ziarah buat yang sedang menghadapi peperiksaan dunia,
ya,moga terus ada lagi yang berani melakukan sedemikian…pemimpin Malaysia mungkin??
February 1, 2009 at 6:58 am
Barukisu
Erdogan. (Ya, siapa pun barangkali tidak akan mampu menahan gelojak geram kepada presiden Israel itu) Dan Erdogan yang punya peluang berhadapan Peres menggunakannya dengan sangat baik. Rasanya Peres tidak berasa apa-apa pun dengan kata Erdogan, “You are killing people” itu yang tepat mengenai muka selambanya. Yang penting, Erdogan telah mewakili suara sekalian penduduk bumi yang bencikan Zionis, dengan lantang dan berani.
Sekali ini, puas sungguh rasanya melihat muka Peres ditujah Erdogan dan ketika Erdogan meninggalkan pentas, sedikit hawa kebenaran mungkin sedang berdesir dalam hati-hati sekalian yang mendengar. Rasakan? Kata-kata yang benar dalam keadaan yang pahit biasanya lebih pedih dan terkesan.
Kalau tidak silap, pernah kudengar hadis yang berbunyi:
(andai salah, sila betulkan, ya!)
Sabda Nabi: Sebaik-baik jihad ialah perkataan yang adil dan benar di sisi pemerintah yang zalim, atau ketua yang zalim.
Wallahua’lam.
Untuk Erdogan: Cayalah!
February 1, 2009 at 9:44 pm
batuterang
lepas balingan kasut
kali ini
tujahan kata-kata
saya yakin
suara lantang pak cik erdogan ni
sedikit sebanyak
mengetuk pintu hati
hadirin
yang berada di bawah
p/s:
rasanya nak jadi tegas,
mantapkan kuasa perut itu penting
February 4, 2009 at 7:18 am
abu_anas
2 penyakit yg sedang melanda ummat Islam khususnya pemimpin mereka, hubbu dunya (cintakan dunia) dan takutkan mati. Bertepatan dgn ramalan Rasulullah SAW perihal umat akhir zaman.
Apa yg berlaku di Gaza sekali lagi merupakan ‘wake up call’ drp Allah supaya kita semua kembali kpd Islam- Islam is the solution, Islam is the source of dignity/pride/izzah.
Sayyidina Umar pernah berkata yg antara maksudnya “kita adalah kaum yg dimuliakan Allah dgn Islam, jika kita mencari kemulian slain drpnya nescaya kita akan dihina oleh Allah.”
Asadul Qalb…moga Allah beri kejayaan cemerlang pd enta insyaallah gambatte ne
April 7, 2009 at 10:23 pm
Balqis
Maaf, rasanya kita semua terlepas pandang tentang siapa Erdogan yang sebenar. Mungkin kita sama-sama boleh baca di sini. Kemudian, terpulang mahu fikir bagaimana. Kita semua sama-sama tahu.