1430 Hijrah.Peralihan dan permulaan baru kalendar Islam Hijrah.Namun ia bermula dengan airmata dan darah.Kita yang Allah kurniakan sebagai sebaik-baik umat terpaksa lagi mencium hanyir darah saudara seakidah, menyeka airmata hambatan derita dan seksa.Sekali lagi perasaan umat ini bercampur aduk.Marah,geram,sedih,terhiris..namun adakah sekadar itu?

Bumi Palestin menjadi saksi sebuah perjuangan nafas panjang.Sejarah menyorot bumi Palestin saling bertukar penguasanya.Gelap kejahilan dan cahaya keimanan silih berganti menyelubungi bumi Isra’.Mungkin menjadi takdir alam, siapa penguasa Palestin dialah penguasa di puncak dunia.Islam pernah memegang kunci kota tersebut di bawah pimpinan Saidina Umar dan Sultan Salahuddin Al-Ayubi, maka ketika itulah Islam berada paling atas dalam ketamadunan sejagat.Benar kata sejarawan, kota Palestin kunci dunia.
Tetapi kitaran itu umpama roda.Di saat ini Yahudi Zionis penguasa, sekaligus menguasai dunia.Lantaran takut kepada hakikat kemenangan akhirnya tetap kepada Islam, Umat Islam terus diserang bagai ingin dilenyapkan dari muka bumi.Namun janji kemenangan Allah itu pasti dan di atas keyakinan itu masih ramai yang sanggup memperjuangkan harta malahan daging dan darah demi mempertahankan sebuah kota.Bukanlah material kota yang dipertahankan, tetapi nilai maruah dan akidah Islam dan umat seluruhnya yang terukir pada nama sebuah kota barakah.
Merenung tulisan Ustaz Nik Abduh di blognya, perjuangan pembebasan Palestin bukanlah hanya perjuangan mengorbankan harta.Hanya mereka yang masih tidak memahami erti pejuangan Palestin sahaja yang merasa sudah cukup dengan sekadar menghulurkan sumbangan wang ringgit.Ingatlah yang ditagih adalah jihad pengorbanan jiwa.Kesediaan mempertaruhkan jiwa di medan jihad dibina atas dasar takwa.Atas dasar takwa setiap manusia merasai kesamaan.Tiada siapa yang merasa lebih atau kekurangan kerana Allah hanya memandang pada nilai takwa.Sesungguhnya dengan atas rasa kesamaan ini sekurang-kurangnya kita merasa sensitif atas apa yang berlaku kepada saudara seakidah malahan bersedia mengorbankan jiwa dan raga.Walaupun sekecil manapun usaha, berdiam diri dan memandang dari jauh bukanlah dalam senarai pilihan.Membebaskan Palestin adalah perjuangan bersama diatas batu jemala umat.

Namun permulaannya bermula pada setiap diri di dalam umat.Kita bukanlah pejuang gagah yang mampu menghunus senjata disana.Tetapi disini,binalah takwa dari dalam diri.Jagalah ibadahmu, sucikanlah hatimu.Taati Syariatulah dan patuhi Sunnatullah yang menjadi asas nilai takwa.Disebabkan kelekaan kita pada asas ini, bantuan seperti bantuan Ababil dari Allah masih tidak kunjung tiba walaupun saban hari kita terus merintih dan berdoa.Namun doa itu kosong kerana ia bukanlah doa diatas nilai takwa.Maka jadilah kita umat yang diumpamakan dalam hadis Rasulullah, bagai buih-buih di lautan.Umat ini gah pada bilangan, tetapi lemah pada realiti alam yang sebenar.Bermulalah dengan diri sendiri dan seterusnya binalah generasi hadapan kita yang soleh dan solehah sebagai penerus pejuangan nafas panjang ini di kala kita sudah tiada kelak.
Keadaan umat kini adalah kekecewaan yang kita lontarkan pada Rasulullah.Rasulullah bangga umatnya adalah umat yang terbaik, tetapi kita pulangkan diri kita sebagai umat yang lemah.Ditambah dengan peristiwa serangan selepas kepungan di Gaza kini, kita selayaknya dipersalahkan kerana masih gagal menjadikan Islam kembali gemilang.Andai mampu di rintih padamu duhai anak-anak Gaza dan Palestin seluruhnya, maafkan kami, jangan adukan kami pada Rasulullah kerana gagal membelamu.
Bersama menghulurkan doa dan Qunut Nazilah untuk kemenangan Islam di Palestin dan kebencanaan kepada Yahudi Zionis beserta anjing-anjing sekutunya.
Teruskan memboikot barangan Yahudi Zionis.
Seeru ‘ala Barakatillah.





11 comments
Comments feed for this article
January 5, 2009 at 12:42 am
damai
impikan syafaat Rasulullah saw sedangkan diri masih berfikir2 dalam perkara perjuangan…aduhai…
January 5, 2009 at 3:35 pm
iliana
sokong sekali katamu itu. berkepuk-kepuk yang datang ke sana dengan niat ingin menyumbang bantuan, tapi dibalas dengan “pulanglah kamu ke tanah airmu dan didiklah semua anak bangsamu agar mereka dapat menyambung jihad kami setelah kami tiada nanti”.
mungkin, taktik serampang dua mata perlu dilakukan sekarang. dalam mereka berperang secara fizikal, kita di sini seharusnya turut mempersiap diri dengan pelbagai benteng pertahanan. bukannya dengan menyerang secara tidak berilmu.
January 6, 2009 at 5:59 pm
Afida
sebak hati membaca tinta di blog ini. Halus tapi cukup mengetarkan hati apatah lagi menyebut tentang kita selaku umat Rasuluallah. Insyallah, saya akan sampaikan pada saudara-saudara Islam say sedayanya. Saya ingin meminta sekiranya terdapat sesiapa yang mempunyai senarai barangan yahudi. Bersama-sama lah kita memboikot barangan mereka. AllahuAkbar!!
January 7, 2009 at 7:26 pm
Kak Yusrina
Salam dari bumi Queensland….mashaAllah, tak sangka adik Zul berbakat dalam bidang seni….alhamdulillah, bersyukur kerana adanya seorang lagi anak muda berjiwa seni yang inshaAllah cuba memanfaatkan kurniaan Allah berupa bakat menulis di jalanNya….semoga terus tsabat dalam arena penulisan…Amin
Membacakan tentang isu Palestine, terutamanya di wilayah Gaza saat ini….rasanya air mata kesayuan takkan pernah sempat kering untuk saudara-saudari kita di bumi sana…namun, inshaAllah…janji Allah dalam KalamNya: “kebenaran akan kekal dan kebathilan akan lenyap”….dan Dia (Allah) tidak pernah memungkiri janji….
Semoga Allah menurunkan bala tenteranya berupa Malaikat-Malaikat yang tak terlihat oleh pancaindera manusia ke tanah subur Palestina dan mendatangkan kemenangan buat mereka yang mempertahankan kesucian Islam….Amin, Ya Rabb!
~ Free…Free Palestine~ (laungan di kebanyakan Gaza Rally di beberapa states di Australia)
Allahu ta’ala a’laam….
January 7, 2009 at 9:04 pm
AsadulQalb
to damai :
masih berfikir-fikir untuk berjuang, masih berkira-kira untuk berkorban..kitalah itu.
to iliana :
rasanya itu perkataan paling sesuai untuk mempermudahkan pemahaman entry kali ini..serampang dua mata.
Merenung kembali firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 122:
“Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga.” [al-Taubah 9: 122]
Ayuh !! jangan merasa kita jauh kita boleh berpeluk tubuh.Setiap kita ada tanggungjawab dan kewajipan jihad.
January 7, 2009 at 9:12 pm
AsadulQalb
to Afida :
InsyaAllah,bersama-sama kita lakukan apa yang kita mampu.Bersama menyedarkan yang lain untuk sekurang-kurangnya bersama menghulurkan doa yang penuh pengharapan.
January 7, 2009 at 9:17 pm
AsadulQalb
to Kak Yusrina :
Salam kembali dari bumi sakura yang dilitupi salji kini.Ya Allah,kak yusrina rupanya,lama tak dengar khabar.Terima kasih singgah di blog ini.
Terima kasih kak untuk renungan bersama.
Di Queensland pun ada buat rally kak?Di Jepun pun ade,di Tokyo tempoh hari.
Save Iraq, Free Palestine
January 7, 2009 at 11:51 pm
rajulussalim
Assalamualaikum br.
Lets do our best and keep on working!
Pertolongan Allah itu hampir…
January 8, 2009 at 2:50 pm
Ukhti Az
Semoga Allah SWT menurunkan bala buat tentera Israel yang sangat zalim itu…Tak tahan melihat kesengsaraan rakyat Palestin,terlalu pilu…….
p/s:blog lama dh delete,ni address blog baru
January 8, 2009 at 9:46 pm
Ibnurashidi
Salam,syukran sudi menjejak ke teratak hamba..
Benar,janji Allah itu pasti. Namun dalam kepastian itu seharusnya ada usaha untuk menggapai cita-cita itu. Apabila usaha disertai doa, Insya’Allah pasti janji itu menjadi benar tanpa selindung lagi..
January 9, 2009 at 2:08 pm
Fariz Ismail
Assalaamu’alaikum Wr.Wb.
Semoga amal dan ibadahnya diterima ole ALLAH SWT, Amien..
saya warga negara indonesia mendukung Palestine.