Aku sebuah komputer,antara tajuk karangan jenis biografi zaman UPSR dulu.Karangan jenis ini adalah antara karangan kegemaranku kerana tidak perlu fikirkan isinya.Jalan cerita biasanya streotaip.
Bermula dengan dilahirkan di kilang,dipamerkan di kedai kemudian di beli seseorang.Setelah beberama lama digunakan,mengalami kerosakan lantas sudah tidak berapa dipedulikan oleh tuannya.Akhir cerita,tempat ‘persemadian’nya di pusat pelupusan sampah.
Mudah.Tidak perlu fikir panjang.Janji markah A untuk kertas penulisan Bahasa Malaysia UPSR.

Apapun kini aku sudah kembali berkomputer sendiri.Setelah 2 bulan lebih menumpang komputer research lab dan komputer kawan,akhirnya boleh melayari Utusan Malaysia dan Tranungkite tanpa merasa segan dan silu.Alhamdulilah.
Andai diselami jiwa ‘aku sebuah komputer’,pastinya komputer ini mengharapkan tuan barunya ini menggunakan dirinya sebaik-baiknya.Gunakan ke arah kebaikan.Setiap yang baik andai digunakan untuk kebaikan,baiklah jadinya.Begitu juga andai yang baik digunakan untuk keburukan,jahatlah jadinya.
Terpulang kepada tangan ini.
Seeru ‘ala Barakatillah.





7 comments
Comments feed for this article
December 18, 2008 at 1:11 am
Barukisu
Salam Sang Singa Hati,
Wah, sudah punya komputer baru (MAC lagi).
Cantik!
Moga istiqamah berblog, ya! InsyaAllah.
December 18, 2008 at 3:20 pm
indahayatisamsi
Owh, Mac kah?
Aiseh teringin gak satu~
December 18, 2008 at 3:43 pm
SangPelangi
Wah, kayanya pakai MAC. Harga skrin dia pun aku tak mampu nak beli lagi.
Tunggulah kalau ada rezki nanti, nak sambar satu.
December 18, 2008 at 6:29 pm
ainohikari
Salam.
Berapa harga sheikh ?
Itu komputer, badannya disekalikan dengan monitor tu ker ?
Kat mana special komputer MAC sheikh, boleh beritahu sedikit sebanyak.
December 18, 2008 at 9:10 pm
iliana
salam..
tahniah (^_^) tetapi, sekali ia berganti, hah hebat lagi gempak gitu..
sokong komen baru kisu (semoga istiqamah ya)
p/s : ingatkan nak tunjuk karangan upsr la tadi..bagus sekali intronya..
December 20, 2008 at 10:00 am
batuterang
yes!!!
dia sudah beli
boleh merasa la nanti
jumpa di Nagaoka ye
iMAC
dan tuannya
December 20, 2008 at 3:53 pm
naim
aku pun sama dengan batu terang. tunggu nanti.