” Serulah (manusia) kepada jalan TuhanMu denga hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya TuhanMu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.“
( Surah al-Nahl : 125)
“Apakah gerangan yang menjadikan dunia ini lebih menarik daripada dakwah itu sendiri?”
“Pedih hati, ustaz, melihat iman kita ini yang dipertaruhkan itu dikalahkan hanya oleh jabatan(pangkat) dan harta,ustaz.”
Itulah antara bait kata-kata yang dipetik dari dalam filem Sang Murabbi.Alhamdulillah,dengan kemurahan hati seorang sahabat yang sudi meminjamkan DVD filem tersebut, dapat juga diri ini menonton filem yang memberi mesej dalam kepada setiap diri yang sedia berkorban di jalan dakwah.
Sebuah filem yang menyentuh jiwa.Mengisahkan liku-liku kehidupan seorang syeikh tarbiyah di Indonesia,Ustaz Rahmat Abdullah.Dipaparkan uslub dakwah dan nilai tarbiyah beliau yang mampu dicontohi oleh mereka yang bergelar para dai’.Sesungguhnya di dalam filem ini terdapat sesuatu bagi mereka yang mencari spirit(semangat) yang hilang.
Sesungguhnya jalan dakwah itu bukanlah jalan yang dihampar permaidani merah.Dengan mempertaruhkan iman dan takwa, berbagai ujian dan cubaan pasti akan ditempuhi.Ujian kesusahan dan kesempitan yang memeritkan masih mampu pejuang dakwah hadapi malah menjadikan hati-hati mereka cekal dan terus tabah.Namun,kesenangan dan nikmat yang mengasyikkan adalah ujian yang mencucuk futur atau gugur dari medan dakwah.
Memetik perumpamaan Ustaz Rahmat Abdullah dalam filem Sang Murabbi, ujian yang menimpa umpama angin yang menimpa seekor monyet yang sedang berpaut di dahan pepohon.Andai angin yang melanda adalah angin taufan malah puting beliung masih belum mampu menjatuhkan sang monyet.Sang monyet pastinya akan memperkemaskan cengkaman dan memeluk erat dahan tempatnya sedang berpaut.Tetapi andai angin yang menyapa adalah angin bayu sepoi-sepoi bahasa,enak dan nyaman menyusup ke dalam ubun-ubunnya,lantas sang monyet akan lena dan dibuai kelekaan.Tatkala itulah ia akan lupa pada dahannya dan akan jatuh,rebah menyembah bumi.
Ya Allah,walau seribu ujian yang menimpa,kau tabahkanlah diri ini.Kekalkanlah hati dan jiwa ini pada taliMu dan di jalan dakwahMu.
Semoga Sang Singa Hati sehebat Sang Murabbi di medan dakwah ini.
Seeru ‘ala Barakatillah.






6 comments
Comments feed for this article
November 26, 2008 at 5:50 am
p-yah
rasa macam terkena angin sepoi2 je diri ni..terus terlena dibuai nikmat dunia yang fana..astaghfirullah..
November 26, 2008 at 6:49 am
SangPelangi
Perumpaan monyet tu takkan aku lupa. Ada satu lagi, perumpaan dai’e sebagai buah kelapa.
Dai’e itu ibarat sebiji kelapa yang sudah matang. Setelah gugur terhempas ke bumi, lagi dicarik sabutnya, lalu dipencar dua, diparut dan diperah. Barulah dapat santannya.
p/s: Piyah, aku dah hantar DVD tu pada sahabatmu. Dia dah dapat atau belum? Tolong kakunin, ya.
November 26, 2008 at 5:45 pm
BaruKisu
Salam,
Kelihatannya seperti sebuah filem yang menarik. Semoga ia jauh lebih baik dari ‘Ayat-ayat Cinta. (Saya tidak berapa gemar filem ini, jalan cerita novelnya lebih baik).
Berharap dapat tonton filem ini nanti. Hurm…
Oh, ya! Selamat kembali ke dunia blogging!
November 27, 2008 at 2:49 pm
AsadulQalb
To p-yah
Diri ini pula,bukan angin sepoi-sepoi,rasa bergegar bumi hendak menelan diri.Terasa sungguh diri ini dialpakan oleh nikmat dunia.
To SangPelangi
Yap,ada juga perumpamaan itu.Sungguh,andai perumpamaan itu kena pada bahasa,cara dan tempatnya,sungguh `makan dalam’.
p/s:Teringat perumpamaan TGNA bagi orang yang baca Al-Quran tapi tidak menghayati maksud..Seperti telan panadol tapi tidak buka plastik.
To BaruKisu:
Memang filem yang wajib ditonton.dan pastinya ia lebih menarik dari Ayat-Ayat Cinta.Berharap hendak menonton?Nak DVDnya?
p/s:Dari pemerhatian,memang sesuatu cerita yang berasal dari Novel kemudian difilemkan tidak berapa best(kebanyakannya la).Sebab utamanya,novel banyak monolog dalaman,maka sukar untuk memfilemkan apa yang ada dalam hati manusia.Selain itu,sukar untuk pengarah memberi kepuasan menyeluruh kepada semua penonton apalagi bagi mereka yang pernah membaca novel tersebut.Interpretasi dan gambaran masing-masing adalah berbeza mengikut imaginasi masing-masing.
Berbanding dengan cerita dari komik,ianya mungkin lebih mudah untuk dilakonkan.Kerana komik itu sendiri sudah jadi storyboard.Maka lebih mudah untuk pengarah dapatkan gambaran yang boleh diterima semua orang.Sebab itu banyak komik Jepun yang didramakan.Yang terbaru dan sedang disiarkan,Bloody Monday..chou omoshiroi.
Huhu,terpanjang pula,sekadar pandangan.
November 28, 2008 at 12:34 am
JHaZKiTaRo
salam dari Dublin.. pekaba?? saje2 bloghopping, terhop ke sini pulak.. anyway, kalau rajin, dtg laa jenguk2 blog hamba..
November 30, 2008 at 12:26 am
BaruKisu
Berharap hendak menonton?Nak DVDnya?
Iya, kalau boleh dan tidak mustahil untuk mendapatkannya, memang mahu menonton.
Iya, saya faham~
Wah, wah, kamu mempromosi drama jepun pula kepada saya, ya!
p/s : Siapa pelakonnya? haha~
(Astaghfirullahala’zim)