Hampir sebulan blog ini tersadai, umpama senaskhah kitab yang disimpan di dalam almari. Pastinya ia telah berhabuk dan bilik akan akan dipenuhi debu-debu putih andai ditiup. Maafkan daku..
Bukan ku sengaja meninggalkan apatah lagi andai dikata sudah luntur semangat ataupun hangat-hangat tahi ayam untuk berblog. Sepanjang sebulan kembali di tanah air, menjalani ibadah puasa kemudian sempat beraya 2 hari bersama keluarga, hanya memungkinkan untuk menulis 1 artikel ke blog asadulqalb ini. Aduh, alangkah perlahannya..
Setelah seminggu pulang semula ke bumi Jepun berbagai perkara telah pun selesai; kemasukan ke universiti tahun hadapan, mid term presentation untuk graduation research. Alhamdulillah, dengan izin tuhan satu persatu telah dapat diselesai dan dimuktamadkan. Terima kasih juga kepada rakan-rakan dan sahabat yang menghulurkan doa serta sokongan. Teringat kata-kata seorang sahabat, “Selesaikan satu-satu Zul”. Sekali lagi, Alhamdulillah dan terima kasih..
Kini, terasa sedikit kelapangan yang melapangkan. Namun beringatlah, anak muda dibunuh oleh masa lapangnya yang tidak terisi. Terasa ingin benar untuk aktif kembali berblog, tapi disebabkan ketiadaan komputer di bilik mungkin keinginan itu belum benar-benar dapat diterjemahkan kepada tindakan. InsyaAllah komputer baru akan dibeli bulan hadapan. Sekurang-kurangnya masa yang ada boleh digunakan untuk menelaah buku bacaan yang banyak dibawa dari Malaysia. Meneruskan proses menajamkan mata-mata gergaji walau selepas Ramadhan. Asah jangan tak asah..
Di kesempatan ini juga dan belum terlambat rasanya, penulis ingin mengucapkan..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, minal aidin wal faizin
Diatas segala salah dan silap, seribu kemaafan di pohon
Akhir kata..aku ingin kembali, rehatku hanya sekadar untuk mengesat hanyir darah di pedang perjuangan…
Seeru `ala Barakatillah





20 comments
Comments feed for this article
October 11, 2008 at 9:44 am
naim
ganbarimashou
October 11, 2008 at 10:06 am
p-yah
memang akan terbunuh anak muda dengan masa lapang yang x terisi..pepun,selamat kembali menulis
October 11, 2008 at 12:48 pm
Inda
Zul, kemasukan universiti dah selesai? Alhamdulillah.. dapat universiti mana?
October 11, 2008 at 12:53 pm
AsadulQalb
To Naim:
Gambarouze
To p-yah:
InsyaAllah akan kembali menulis
Inda:
Alhamdulillah,dapat universiti Yamagata kak
Terima kasih atas doa dan sokongan ye kak.
October 12, 2008 at 1:18 pm
BaruKisu
Tahniah dapat masuk universiti…
Omedetaou ne~
And though its already 12th of Syawal, still its not too late to wish you~
Salam Eid Mubarak!!
October 12, 2008 at 9:48 pm
y4ku24
Biar sedikit, tetapi istiqomah. All the best!
October 13, 2008 at 5:11 am
SangPelangi
Alhamdulillah. Masih hidup lagi blog ini. Teruskan perjuangan yang seterusnya bro.
Semoga dapat terus berbakti di mana saja kita semua berpijak.
October 18, 2008 at 5:13 pm
JHaZKiTaRo
salam syawal dari bumi Dublin, Ireland. Rajin2, singgah la my blog.
October 21, 2008 at 8:32 am
ABU SAIF
Tahniah Zul… dapat masuk universiti. Seeru ‘ala barakatillah.
Ana baru plan nak ajak ular sawa, gajah, gorila dan Tyrannosaurus Rex berkampung di blog anta yang sepi bagai di rimba… hehe. Jangan mare!
October 22, 2008 at 9:56 pm
warkahraudhah
ganbatte kudasai.
道-自分で選んで、
やっていることは、苦労ではない。最後まで、続けましょう。
October 23, 2008 at 5:48 am
AsadulQalb
To BaruKisu:
Terima kasih.Raya dah nak habis.So Selamat berkejar menghabiskan puasa 6 bagi yang belum habis.
To y4ku24:
InsyaAllah
To SangPelangi:
Untuk saudara jua.Perjuangan sama-sama diteruskan.Perjuangan nafas panjang.
To ABU SAIF:
Terima kasih ustaz atas ucapan.
Mula-mula rasa terangkat sikit,baca ayat seterusnya terduduk kembali.
Jadikan rimba dulu,ternak haiwan-haiwan,kemudian baru buat zoo (ramai pelawat blog)..huhu
p/s:Maafla ustaz sebab senyap je saya ni,tidak berkomputer sekarang ni (lebih kepada alasan..hihi).Tau ustaz komen pun bila ada kawan sms.Laptop lama bagi adik.Nak tunggu komputer baru duit masih belum cukup,kena bersabar tunggu next month punya biasiswa.
Sekarang ni hanya sekadar menumpang di komputer orang kalau nak baca berita atau blog saifulislam(bodek),tu pun takleh lama-lama kerna tuan punya lebih berhak.Apepun insyaAllah akan ada entry yang akan menyusul dalam waktu yang terdekat.Apepun lebih banyak membaca buku sekarang bagi mengisi masa lapang.
To warkahraudhah:
Sedapnya ayat,boleh buat lirik ni..hihi
October 23, 2008 at 5:52 am
AsadulQalb
Tertinggal.
To JHaZKiTaRo*
InsyaAllah akan singgah.Terima kasih kerna singgah sini dulu.
October 23, 2008 at 5:53 am
AsadulQalb
Alhamdulillah,dapat balas semua komen..beli pukal,kira langsam..hihi
October 25, 2008 at 10:58 am
iliana
selamat kembali n selamat berjuang lg d medan blog…
November 12, 2008 at 4:46 am
nbo_3
salam sheikh,
ana menanti cerita seterusnya…
November 15, 2008 at 1:53 am
mafiqam
Sang Singa sedang berHibernasi ke?
November 19, 2008 at 4:57 pm
jahagifu
kamo ne~~~ sejuk dah skang ni.
modoru kana~~~?
November 20, 2008 at 6:13 pm
ABU SAIF
hmm…
November 20, 2008 at 6:15 pm
ABU SAIF
emm…
November 25, 2008 at 2:12 pm
SangPelangi
Amboi, dah sampai dua kali hmm.. emm..
Hihi. Tak apalah bro, kalau dah ada laptop tu, jangan seronok sampai lupa nak kemaskini, ya.