Christiano Ronaldo bernilai 80 juta pound.

Kaka berharga 65 juta pound.

Menggegarkan dunia, melariskan akhbar, meninggikan hit halaman web berkaitan dunia bola sepak.

Bengkek ngan mamat ni.Bagus dia pindah dari MU

'Bengkek' ngan mamat ni.Bagus dia pindah dari MU

Dari hujung Tokyo singgah di Lisbon, hingga ke Rio Janeiro, semua ‘hantu-hantu’ bola memperkatakan perpindahan dua bintang tersebut ke Kelab Real Madrid. Apatah lagi nilai perpindahan Ronaldo yang hampir setengan billion ringgit, menjadikan beliau pemain termahal dunia. Cukup untuk Malaysian Airlines menampung kerugian andai mengalami kerugian yang sama 2 kali sekalipun.

Benarlah kata Hussein Lempoyang dalam cerita 3 Abdul, “Dunia,Dunia..Berniaga manusia lagi untung dari berniaga unta.WOW!!”

Dunia menjadikan manusia boleh dinilai dengan nilaian wang. Nilaian seorang bintang bola sepak bernilai jutaan ringgit. Juga nilai hantaran kahwin bagi seorang wanita yang semakin tinggi sehingga timbul istilah jual anak. Walaupun ada pro dan kontranya, namun inikah sebenarnya nilai manusia? Boleh dijual beli dengan wang dan ringgit.

Nilaian syurga

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah : 111)

Allah telah membeli diri kita seorang muslim. Nilaiannya besar, jauh melebihi nilai wang yang berjuta. Nilaian syurga idaman. Namun pasti ada syaratnya. Allah membeli dengan menginginkan kita bekerja dan berjuang di jalanNya. Kerjanya pasti sukar, tapi ingatlah balasannya adalah syurga yang tidak tergambar di fikiran. Pastinya jual beli ini yang paling menguntungkan dan disitulah letak sebenar nilai seorang manusia.

Untung bukan, jual manusia?

p/s : Selamat Hari Bapa. Kepada sesiapa bakal bapa mertuaku, anakanda minta diskaun hantaran ketika meminang puteri pak cik..please.

Seeru ‘ala Barakatillah.

Masjid Saidina Hussein

Masjid Saidina Hussein

“Inilah Masjid Saidina Hussein. Didalamnya Makam kepala cucunda Rasulullah.”, jelas Ustaz Hakeem yang menjadi ‘tour guide’ bagi pusing-pusing di Kota Kaherah.

Gagah dan utuh Masjid Saidina Hussein. Maklumlah kami, bagaimana masjid ini bertahan walaupun berlaku pengeboman di deretan cafe betul-betul di sebelah masjid seminggu sebelum kami sampai. Allah jua yang memelihara rumahNya.

Sedia maklum, Saidina Hussein telah dipancung dan dibunuh dalam pertempuran di Karbala, Iraq. Lalu kepala baginda dibawa ke Mesir dan disemadikan di sana. Peristiwa pembunuhan ini dikenang sebagai salah satu peristiwa dalam hari Asyura, 10 Muharram dan penganut Syiah sentiasa meratapi kematian Saidina Husein saban tahun, sehingakan golongan yang ekstrem akan mencederakan diri sendiri sebagai tanda penyesalan. Namun biarlah perkara itu dan usah ditimbulkan perbezaan mazhab Sunni dan Syiah pada entry kali ini.

Menjejak masuk ke dalam masjid, hati ingin terus berada di hadapan makam. Lantas kaki perlahan-lahan dalam langkahan tenang menuju ke ruangan makam. Terasa udara tenang. Alunan ayat suci dari pelawat di sekeliling makam menambah tenang. Bauan bunga dan wangian semilir singgah di hidung. Cahaya lampu yang kemilau menambah aura di ruangan makam. Tersergam makam berpagar perak di tengah ruangan. Oh, kini aku berdiri di sisi makam kepala Saidina Hussein, cucu kesayangan yang pernah duduk di pangkuan riba Rasulullah.

Makam Saidina Hussein

Makam Saidina Hussein

Al-Fatihah dan doa dipanjatkan ke atas Saidina Hussein. Mengucapkan juga terima kasih di atas sumbangan dan jasa yang telah ditinggalkan. Terus hati menangkap rasa sayu dan hiba. Ditambah kedengaran bait-bait doa di dinding makam yang dibaca oleh seorang lelaki Arab bersebelahan. Meskipun tidak memahami sepenuhnya, kelunakan suara dan alunan bacaan doa yang bersederhana menambah hiba di hati, lantas airmata sedia jatuh mengalir. Terkenang cerita pengorbanan Saidina Hussein menjadi pendamai golongan yang menentang kepimpinan Khalifah Yazid bin Muawiyah. Baginda berkorban sehingga terkorban !

Bersemadinya cucunda Rasulullah

Bersemadinya cucunda Rasulullah

Moga kami dapat mengikut jejakmu menjadi insan di sayangi Allah dan kekasihNya.

Melihat yang tidak terlihat

“Terasa tenang di Raudah dan terasa sayu berada di sisi makam Rasulullah.”

Ungkapan dan rasa-rasa yang sering didengari dari mereka yang melawat atau mengunjungi makam para solihin. Tapi adakah cukup dengan merasa tanpa menyelami teladan dan ibrah. Usahlah hanya melihat makam sebagai objek untuk di sayu, tapi lihatlah dengan nilaian ilmu, sejarah dan pengajaran. Andai hanya disandar pada perasaan,ya, kita mungkin akan menangis sayu, tapi tangisan kosong tanpa mendapat apa-apa. Kita tidak dapat apa-apa kerana kita tidak ‘melihat’ apa-apa.

Andai yang diziarahi makam Rasulullah, kenangkanlah pengorbanan baginda, kecintaan Nabi pada umatnya, susah payah dakwah junjungan sehingga kita dapat mengecapi nikmat Iman dan Islam.

Inilah keberkatan ziarah makam orang-orang solih. Berkat hidup dengan dengan mengambil inspirasi perjuangan dan jasa mereka ke dalam hidup kita.

What you see is what you get !

Seeru ‘ala Barakatillah.

..dalam masa hampir dua purnama, akhirnya diri ini kembali menjejak kaki ke laman blog ini. Sungguh, bukan hanya lalang di laman luar, habuk debu menyesakkan hidung dan sawang menyakitkan mata yang memandang. Mujur sang labah-labah belum sempat bermastautin di blog ini.

Banyak perkara yang telah di lalui sepanjang dua bulan ini. Berbagai transisi hidup telah dilalui. Telah berakhirnya satu episod dan sedang berjalan pula episod seterusnya drama di atas pentas kehidupan ini.

Transisi

Berakhirnya hidup di Kosen (Kolej Teknikal)l, kini berubah ke Universiti..

Berakhirnya hidup di asrama pelajar, kini berpindah ke rumah sewa..

Berakhirnya gelak tawa dan suka duka bersama teman-teman di Kolej Teknikal, kini wajah-wajah teman baru menghiasi hari-hari mendatang..

Jejak-jejak lama telah ditinggalkan, masa tidak mungkin akan diputar kembali ke belakang..tapi kenangan yang ada, pasti tersemat di ingatan. Moga begitu juga teman-teman dan junior-junior yang kini berada di kejauhan. Kepada teman-teman baru, terima kasih kerana sudi mengisi hidupku.

Graduan Nagaoka Kosen

Graduan Nagaoka Kosen

Teman dan Junior Kosen

Teman dan Junior Kosen

Teman-teman Yamagata Universiti

Teman-teman Yamagata Universiti

Mesir dan Turki

Berbagai cerita ingin disampaikan hasil dari jaulah (jalan-jalan) ke Mesir dan Turki yang lepas. Tapi, maaf bukan kali ini. InsyaAllah di kemudian hari. Hanya sedikit bingkisan gambar menjadi pengganti bicara.

Mesir..kiblat dunia ilmu

Piramid di Giza

Piramid di Giza

Piramid

Piramid dan unta padang pasir

Ribut pasir sampai mata pedih

Ribut pasir sampai mata pedih

Masjid Amru Al-`As

Masjid Amru Al-`As

Makam Imam Syafie

Makam Imam Syafie

Masjid universiti Al-Azhar

Masjid universiti Al-Azhar

Makan kepala Saidina Hussein, cucu Rasulullah

Makam kepala Saidina Hussein, cucu Rasulullah

Kota Kaherah dari Sungai Nil

Kota Kaherah dari Sungai Nil

Turki..mengimbau zaman khalifah

Hagia Sophea

Hagia Sophia

Msjid Biru Sultan Ahmet

Msjid Biru Sultan Ahmet

Dalam Masjid Biru

Dalam Masjid Biru

Halaman Majid Biru berlatar belakangkan Hagia Sophia

Halaman Majid Biru berlatar belakangkan Hagia Sophia

Istanbul

Istanbul

Selat Bosphorus

Selat Bosphorus

Istana Dolmabahce

Istana Dolmabahce

Kota Hirpolis di Pamukkale

Kota Heiropolis di Pamukkale

Heiropolis

Heiropolis

Pamukkale

Pamukkale

Batuan marmar Pamukkale

Batuan marmar Pamukkale

Taman di kota Heirapolis

Taman di kota Heirapolis

Masih ada banyak gambar dan kisah yang mungkin boleh dikongsi bersama. Moga perjalanan yang jauh makin mencelikkan mata dan hati akan kebesaran Allah, pencipta alam.

Seeru `ala Barakatillah.

Mengalami masalah dalam penyiaran artikel.

Sedang berada di luar kawasan liputan.

Mesir dan Turki.

Harap maklum.

Seeru ‘ala Barakatillah.

Menitis airmata, sebak didada melihat video hakikat yang perlu dihadapi apabila dicabut khalifah dari dunia dan umat Islam.

Tapi tetap yakin, janji Allah dan RasulNya itu pasti..

Hanya terpulang bagaimana kita mahu menyumbang kepada merealisasikan janji tersebut. Bersedia melangkah..

Seeru ‘ala Barakatillah.

“Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.”

(Surah Al An’aam: Ayat 45)

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), nescaya Neraka akan menyambarmu kepadanya, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.”

(Surah Hud: Ayat 113)

(Sanggup ditinggalkan buah hati daripada kehilangan pemimpin Islam sejati. Berduka namun tetap berdiri penuh semangat, memegang teguh prinsip akidah perjuangan. Hanya Islam yang boleh mengikat seseorang dari tewas dengan godaan kuasa dan harta. )


Satu berita yang mengejutkan. Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan meningalkan sidang Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland setelah mengecam Presiden Israel, Shimon Peres berkenaan isu Gaza dan Palestin. Terserlah keberanian dan keteguhan prinsipnya. Penerus kesinambungan insan terdahulu seperti Necmettin Erbakan dalam menegakkan kembali Islam di balik penjara sekularisme.

Semakin dekat di hati ini ke bumi khalifah, Turki. Semoga kaki akan melangkah disana…

(Nasib baik dia main tahan-tahan tangan moderator jer. Kalau dia betul-betul tak tahan, sampai gak rasanya pelempang kat moderator dan Shimon Peres tu.Huh..)

(Berblog dicelah kesibukan dan kesendatan kepala menghadapi musim peperiksaan dan Graduation Research Presentation (moga dipermudahkan). Sebab itu entry kali ini pendek..:-))

Seeru ‘ala Barakatillah.

1430 Hijrah.Peralihan dan permulaan baru kalendar Islam Hijrah.Namun ia bermula dengan airmata dan darah.Kita yang Allah kurniakan sebagai sebaik-baik umat terpaksa lagi mencium hanyir darah saudara seakidah, menyeka airmata hambatan derita dan seksa.Sekali lagi perasaan umat ini bercampur aduk.Marah,geram,sedih,terhiris..namun adakah sekadar itu?

117472832

Bumi Palestin menjadi saksi sebuah perjuangan nafas panjang.Sejarah menyorot bumi Palestin saling bertukar penguasanya.Gelap kejahilan dan cahaya keimanan silih berganti menyelubungi bumi Isra’.Mungkin menjadi takdir alam, siapa penguasa Palestin dialah penguasa di puncak dunia.Islam pernah memegang kunci kota tersebut di bawah pimpinan Saidina Umar dan Sultan Salahuddin Al-Ayubi, maka ketika itulah Islam berada paling atas dalam ketamadunan sejagat.Benar kata sejarawan, kota Palestin kunci dunia.

Tetapi kitaran itu umpama roda.Di saat ini Yahudi Zionis penguasa, sekaligus menguasai dunia.Lantaran takut kepada hakikat kemenangan akhirnya tetap kepada Islam, Umat Islam terus diserang bagai ingin dilenyapkan dari muka bumi.Namun janji kemenangan Allah itu pasti dan di atas keyakinan itu masih ramai yang sanggup memperjuangkan harta malahan daging dan darah demi mempertahankan sebuah kota.Bukanlah material kota yang dipertahankan, tetapi nilai maruah dan akidah Islam dan umat seluruhnya yang terukir pada nama sebuah kota barakah.

Merenung tulisan Ustaz Nik Abduh di blognya, perjuangan pembebasan Palestin bukanlah hanya perjuangan mengorbankan harta.Hanya mereka yang masih tidak memahami erti pejuangan Palestin sahaja yang merasa sudah cukup dengan sekadar menghulurkan sumbangan wang ringgit.Ingatlah yang ditagih adalah jihad pengorbanan jiwa.Kesediaan mempertaruhkan jiwa di medan jihad dibina atas dasar takwa.Atas dasar takwa setiap manusia merasai kesamaan.Tiada siapa yang merasa lebih atau kekurangan kerana Allah hanya memandang pada nilai takwa.Sesungguhnya dengan atas rasa kesamaan ini sekurang-kurangnya kita merasa sensitif atas apa yang berlaku kepada saudara seakidah malahan bersedia mengorbankan jiwa dan raga.Walaupun sekecil manapun usaha, berdiam diri dan memandang dari jauh bukanlah dalam senarai pilihan.Membebaskan Palestin adalah perjuangan bersama diatas batu jemala umat.

bukan berdiam diri

Namun permulaannya bermula pada setiap diri di dalam umat.Kita bukanlah pejuang gagah yang mampu menghunus senjata disana.Tetapi disini,binalah takwa dari dalam diri.Jagalah ibadahmu, sucikanlah hatimu.Taati Syariatulah dan patuhi Sunnatullah yang menjadi asas nilai takwa.Disebabkan kelekaan kita pada asas ini, bantuan seperti bantuan Ababil dari Allah masih tidak kunjung tiba walaupun saban hari kita terus merintih dan berdoa.Namun doa itu kosong kerana ia bukanlah doa diatas nilai takwa.Maka jadilah kita umat yang diumpamakan dalam hadis Rasulullah, bagai buih-buih di lautan.Umat ini gah pada bilangan, tetapi lemah pada realiti alam yang sebenar.Bermulalah dengan diri sendiri dan seterusnya binalah generasi hadapan kita yang soleh dan solehah sebagai penerus pejuangan nafas panjang ini di kala kita sudah tiada kelak.

Keadaan umat kini adalah kekecewaan yang kita lontarkan pada Rasulullah.Rasulullah bangga umatnya adalah umat yang terbaik, tetapi kita pulangkan diri kita sebagai umat yang lemah.Ditambah dengan peristiwa serangan selepas kepungan di Gaza kini, kita selayaknya dipersalahkan kerana masih gagal menjadikan Islam kembali gemilang.Andai mampu di rintih padamu duhai anak-anak Gaza dan Palestin seluruhnya, maafkan kami, jangan adukan kami pada Rasulullah kerana gagal membelamu.

Bersama menghulurkan doa dan Qunut Nazilah untuk kemenangan Islam di Palestin dan kebencanaan kepada Yahudi Zionis beserta anjing-anjing sekutunya.

Teruskan memboikot barangan Yahudi Zionis.

Seeru ‘ala Barakatillah.

Aku sebuah komputer,antara tajuk karangan jenis biografi zaman UPSR dulu.Karangan jenis ini adalah antara karangan kegemaranku kerana tidak perlu fikirkan isinya.Jalan cerita biasanya streotaip.

Bermula dengan dilahirkan di kilang,dipamerkan di kedai kemudian di beli seseorang.Setelah beberama lama digunakan,mengalami kerosakan lantas sudah tidak berapa dipedulikan oleh tuannya.Akhir cerita,tempat ‘persemadian’nya di pusat pelupusan sampah.

Mudah.Tidak perlu fikir panjang.Janji markah A untuk kertas penulisan Bahasa Malaysia UPSR.

komputer

Apapun kini aku sudah kembali berkomputer sendiri.Setelah 2 bulan lebih menumpang komputer research lab dan komputer kawan,akhirnya boleh melayari Utusan Malaysia dan Tranungkite tanpa merasa segan dan silu.Alhamdulilah.

Andai diselami jiwa ‘aku sebuah komputer’,pastinya komputer ini mengharapkan tuan barunya ini menggunakan dirinya sebaik-baiknya.Gunakan ke arah kebaikan.Setiap yang baik andai digunakan untuk kebaikan,baiklah jadinya.Begitu juga andai yang baik digunakan untuk keburukan,jahatlah jadinya.

Terpulang kepada tangan ini.

Seeru ‘ala Barakatillah.

Bumi Mekah dipenuhi jemaah haji yang menyahut seruan ilahi.Mereka menjadi tetamu Allah di bumi barakahNya.Datang dengan niat mensucikan jiwa dan hati.Semoga mencapai haji mabrur.

Diseluruh pelusuk dunia Islam ibadah qurban dijalankan.Haiwan ternakan;lembu,unta mahupun kambing akan ditumbangkan untuk diagihkan,menyebar luaskan keberkatan ibadah qurban.

AidilAdha menjelma lagi.

Menggamit rasa dan menuntut pengertian seribu falsafah dan hikmah yang tersirat.

Sering menjadi ingatan di Hari Raya AidilAdha ini adalah erti pengorbanan.Kisah Nabi Allah Ibrahim dan Ismail sering menjadi contoh untuk sama-sama direnung dan difikir.Apakah erti pengorbanan yang sebenar?

Nilai pengorbanan tertinggi adalah kerelaan berkorban tanpa meletakkan sebarang syarat.Sering manusia itu rela berkorban setelah keperluan diri dipenuhi.

“Aku akan keluarkan wang untuk infaq setelah cukup makan pakai keluargaku.”

“Aku akan sedia bekerja untuk dakwah setelah stabil urusan hidupku;pekerjaan atau pelajaranku.”

Mengenang Rasulullah dan para sahabat,mereka mengorbankan apa yang ada di tangan mereka walaupun ketika saat mereka sendiri merasai kekurangan. Berkorban dengan mengenepikan kepentingan diri demi agama yang tercinta.

Adakah kita sehebat itu?Tidak.

Namun kita boleh berusaha ke arahnya.Mungkin sukar,kerana itulah hakikat pengorbanan.

Jalan ke syurga adalah jalan yang menuntut pengorbanan.

Pergorbanan tertinggi adalah pengorbanan kepada Allah dan agamaNya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1429 Hijrah.

Kullu `amin wa antum bikhair.

Seeru ‘ala Barakatillah.

 

July 2009
M T W T F S S
« Jun    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Doakan Palestin

Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut -Sheikh Yusuf Al-Qardawi-